|
perempuan senang masuk neraka dan syurga.
Saturday, December 3 | 6:09 AM | 1 Girly Says
السلام عليکم.
PERISTIWA WANITA KE NERAKA PADA MALAM MIKRAJ
Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:
“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda SAW menjawab:
“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala.
Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?” Rasulullah SAW menjawab:
“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.
Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab:
“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
SUSAHNYA BILA MENJADI SEORANG PEREMPUAN.
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
percaya atau tidak, apa yang telah diriwayatkan dalam hadis-hadis di atas banyak yang berlaku di kalangan gadis beragama islam pada zaman ini. Masya Allah. Sungguh mengerunkan. Pada dasarnya, memang tidah hairan lagi, setiap orang tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti fesyen yang terbaru. Pada pendapat saya memang tidak salah untuk mengikuti trend2 pada zaman ini tapi biarlah ianya bertepatan dengan garis panduan syariah yang telah ditetapkan.
Tidak takutkah kita dengan azab di neraka kelak? Cuba anda pikir hal ini sedalam yang mungkin, kehidupan anda di dunia ini hanya sementara. Jika anda merasa anda bahagia dengan kehidupan anda di dunia pada masa ini, adakan anda akan bahagia juga di akhirat kelak? Anda sendiri mempunyai jawapan nya. Hanya anda yang menentukan kehidupan anda di akhirat kelak.
Tetapkan dengan pendirian anda sendiri. Kerana iman di dada bila-bila masa boleh di tarik. Percaya atau tidak?Syaitan itu menjadikan kemungkaran sebagai satu elemen yang indah yang boleh menkhayalkan anak cucu adam.
"E'ehhh...tengok tu. Dulu pakai tudung bulat, skang pakai tudung lilit je"
"Tak sangka Kak Nur boleh berubah. Mane perginye tudung labuh akak? Dah makin pendek tudung akak. Dengan jeans ketat, mekap-mekap lagi." Iman manusia seprti ombak, ada pasang surutnya sendiri. Dan pasang surutnya iru telah ditentukan oleh Allah SWT. Istiqamah lah dalam berdoa kepada Nya. PEREMPUAN SENANG MASUK SYURGA.
"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta bersilih, gantinya malam dengan siang itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang suka berfikir. Mereka itu ialah orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ketika berdiri, duduk ataupun berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi. Mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari siksa api neraka." (Ali-lmran: 190-191)
Tahukah anda? Bahawa wanita lebih mudah masuk ke syurga? Kenapa? PERTAMA Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas RA) KEDUA Daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad) KETIGA Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya. Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur. Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)” KEEMPAT Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.” Walaupun wanita lebih ramai di Neraka Jahannam tetapi wanita lebih mudah masuk ke syurga berbanding kaum Adam. Oleh itu, rebutlah peluang lumayan ini. Hidup kita hanya sekali, selamat beramal wahai diri! |